Setelah hampir lima tahun berada di KISAS berkhidmat dan bertugas sebagai Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik banyak perkara yang aku tempuhi dan pengalaman pahit manis sepanjang berkhidmat. Di bawah pentadbiran seorang bos yang aku tak pernah jumpa bentuk kepimpinannya setelah 6 orang pengetua yang pernah aku berada di dawah pentadbiran mereka. Bermula di SMK Taman Melawati awal 90 an di bawah tunjuk ajar Pengetua Super JUSA C Datin Tengku Azuan, kemudian ke SMK Taman Melati Kuala Lumpur, Datin Khowilah dan Pn.Mishah. Kemudian ke SMK Tinggi Setapak sebagai Kaunselor Pelajar Sepenuh Masa di bawah pimpinan Pengetua Cemerlang DG 1 Tn.Hj.Kasim dan Tn.Hj.Md. Nor Rajikin dan seterusnya ke SMK Segambut Jaya bersama Tn.Hj.Supandi, Tn.Hj.Ahmad dan En.Tajuddin dan aku di SMKSJ sebagai PK 1 selama 7 tahun. Sebelum aku meninggalkan SMKSJ untuk menyambung belajar mengikuti Kursus Pengetuaan di IAB. Ketika itu pengetuanya Tn.Hj Khailani yang sangat aku sayangi kerana banyak mengajar aku sebagai seorang pemimpin dan PERASA. Setelah tamat pengajian NPQH aku di'posting' ke SMS Seri Puteri di bawah pimpinan Datin Zuraidah Pengetua Cemerlang DG 54 dan Datuk Jamilah dimana aku sebagai Penolong Kanan Kokurikulum. Selepas itu aku ditukarkan ke Kolej Islam Sultan Alam Shah sebagai Penolong Kanan HEM setelah setahun berlalu aku dinaikkan pangkat Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik DG 48 di bawah pimpinan Tn.Hj.Abdullah Jusoh Pengetua Cemerlang DG54 yang sangat unik dan berbeza dengan pengetua-pengetua sebelum ini.
semasa pemantauan peperiksaan pertengahan tahun 2012
Semasa makan 'high table' bersama pengetua di asrama puteri.
bersama pengetua dalam majlis tahlil dan solat hajat di asrama putera
Sebagai SU Kehormat Majlis Jasamu Dikenang yang telah berjaya mendapatkan RM10 juta dan RM250 ribu untuk KISAS
Pengetua Cemerlang Tn.Hj.Abdullah Jusoh semasa sambutan Hari Guru 2012
Semuanya dalam kenangan semasa di KISAS. Sesungguhnya KISAS banyak mengajar aku sebuah kehidupan bermula sebagai student kemudianya sebagai PK dan dengan berat hati dan tangisan pilu aku terpaksa meninggalkan KISAS buat sementara waktu.Bulan Disember nanti aku sekeluarga akan terbang ke SMS Lahad Datu Sabah sebagai track naik pangkat ( fast track ).



Tahniah!! Semoga terus berjaya dalam kerjaya & hidup. Selamat bertugas di sekolah baru.
ReplyDelete