Sunday, October 14, 2012

Erti sebuah pengorbanan

Hanya satu renungan
Sesuatu yang kita inginkan tidak semestinya tercapai.Pada adat dan pemikiran kita kita rasakan apa yang kita inginkan sangat baik untuk kita. Tapi di sana ada orang lain yang lebih memerlukan kasih sayang kita. Dalam soal ini kita kena bijak menilai dan membuat keputusan yang paling baik untuk kita. Sesunguhnya penilaian yang terbaik itu memerlukan masa dan kesabaran yang tinggi dan kadang-kadang tak tahu bila penghujungnya. Namun sesuatu keputusan mesti dibuat untuk tidak menghampakan sesiapa saja. Jalan terbaik pasrah dan bertawakkal juga doa agar kita semua bahagia.

Saat manis aku bersama warga KISAS


Fastaqim kama umirta 
Aku berada di KISAS pada tahun 1982 hingga 1983 sebagai pelajar dan 2009 hingga 2012 sebagai Penolong Kanan
Penasihat KISAS Orang Besar Daerah ( OBD ) Dato' Abdul Ghani Fatih Akhir  wakil Istana Diraja Selangor semasa menyampaikan hadiah di Majlis Anugerah Kecemerlangan 2012
bersama pengetua dan PK HEM dalam program Student's Voice ( SOV )
Pelajar khusuk mendengar ucapan ayahanda pengetua dalam program SOV
anak- anak muridku semasa solat subuh berjemaah di surau putera

Anak-anak ku ceria dan seronok semuanya berada di bumi waqafan .
Gambar semasa berehat dalam perjalanan dari kampung ke KISAS selepas Hari Raya Puasa 2012

Seorang ibubapa menderma kepada DANA KISAS untuk kebajikan pelajar dalam program kecemerlangan akademik

Program Pecutan Akhir SPM/STPM 2012 bersama YDP PIBG dan UNIC
Majlis Makan Bersama Pengetua di asrama Putera
Bersama En.Anuar Adnan Ketua Unit  Akademik SBP semasa program Fokus F4 2012
barisan pentadbir , OBD dan Dato' Syed Husin bersama barisan pelajar cemerlang SPM 2011

Mesyuarat bersama Kontraktor Keselamatan dan Kebersihan KISAS

anak-anak murid puteri menziarahi aku dan isteri semasa musim raya aidil fitri









Insyallah keputusanku yang terbaik

         Setelah hampir lima tahun berada di KISAS berkhidmat dan bertugas sebagai Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik banyak perkara yang aku tempuhi dan pengalaman pahit manis sepanjang berkhidmat. Di bawah pentadbiran seorang bos yang aku tak pernah jumpa bentuk kepimpinannya setelah 6 orang pengetua yang pernah aku berada di dawah pentadbiran mereka. Bermula di SMK Taman Melawati awal 90 an di bawah tunjuk ajar Pengetua Super JUSA C  Datin Tengku Azuan, kemudian ke SMK Taman Melati Kuala Lumpur, Datin Khowilah dan Pn.Mishah. Kemudian ke SMK Tinggi Setapak sebagai Kaunselor Pelajar Sepenuh Masa  di bawah pimpinan Pengetua Cemerlang DG 1 Tn.Hj.Kasim dan Tn.Hj.Md. Nor Rajikin dan seterusnya ke SMK Segambut Jaya bersama Tn.Hj.Supandi, Tn.Hj.Ahmad dan En.Tajuddin dan aku di SMKSJ sebagai PK 1 selama 7 tahun. Sebelum aku meninggalkan SMKSJ untuk menyambung belajar mengikuti Kursus Pengetuaan di IAB. Ketika itu pengetuanya Tn.Hj Khailani yang sangat aku sayangi kerana banyak mengajar aku sebagai seorang pemimpin dan PERASA. Setelah tamat pengajian  NPQH aku di'posting' ke SMS Seri Puteri di bawah pimpinan  Datin Zuraidah Pengetua Cemerlang DG 54 dan Datuk Jamilah dimana aku sebagai Penolong Kanan Kokurikulum. Selepas itu aku ditukarkan ke Kolej Islam Sultan Alam Shah sebagai Penolong Kanan HEM setelah setahun berlalu aku dinaikkan pangkat Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik DG 48 di bawah pimpinan Tn.Hj.Abdullah Jusoh Pengetua Cemerlang DG54 yang sangat unik dan berbeza dengan pengetua-pengetua sebelum ini. 
      
Semasa menyampaikan hadiah sempena Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan KISAS
semasa pemantauan peperiksaan pertengahan tahun 2012
Semasa makan 'high table' bersama pengetua di asrama puteri.
bersama pengetua dalam majlis  tahlil dan solat hajat di asrama putera
Sebagai SU Kehormat Majlis Jasamu Dikenang yang telah  berjaya mendapatkan RM10 juta dan RM250 ribu untuk KISAS
 Pengetua Cemerlang Tn.Hj.Abdullah Jusoh semasa sambutan Hari Guru 2012

        Semuanya dalam kenangan semasa di KISAS. Sesungguhnya KISAS banyak mengajar aku  sebuah kehidupan bermula sebagai student  kemudianya sebagai PK dan dengan berat hati dan tangisan pilu aku terpaksa meninggalkan KISAS buat sementara waktu.Bulan Disember nanti aku sekeluarga akan terbang ke SMS Lahad Datu Sabah sebagai track naik pangkat ( fast track ).




Thursday, October 4, 2012

<iframe width="640" height="360" src="http://www.youtube.com/embed/jHgtZ2b1RCo?feature=player_detailpage" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>